fbpx
LAPORAN menyebut, hampir 43,000 ekor penyu diperdagangkan antara tahun 1990 hingga 2010.

1.1 juta penyu dibunuh sejak tiga dekad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DIANGGARKAN lebih daripada 1.1 juta penyu telah dibunuh secara haram dalam tempoh 30 lalu.

Walaupun terdapat undang-undang untuk melindungi haiwan ini, saintis di Universiti Arizona State, Amerika Syarikat menganggarkan, kira-kira 44,000 penyu di 65 negara dibunuh secara haram dan dieksploitasi setiap tahun sedekad lalu.

Pembantu penyelidik dan juga penulis utama kajian di universiti tersebut, Jesse Senko berkata, jumlahnya penyu yang dibunuh secara haram sangat tinggi.

“Penyu laut diburu untuk makanan, kegunaan perubatan tradisional dan untuk dijual sebagai artifak dan hiasan.

“Malah menurut PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), pemburuan dan pemerdagangan penyu adalah sebahagian daripada pasaran hidupan liar haram global bernilai AS$23 bilion (RM103.57 bilion),” katanya.

Bagi menentukan magnitud pemburuan penyu secara haram, penyelidik meneliti lebih daripada 209 artikel jurnal semakan, laporan media yang diarkibkan, soal selidik dan laporan organisasi pemuliharaan.

“Kajian juga mengenal pasti hampir 43,000 penyu diperdagangkan antara tahun 1990 hingga 2010,” katanya.

Sementara itu, menurut laporan yang diterbitkan dalam jurnal Global Change Biology, Asia Tenggara dan Madagaskar adalah kawasan panas untuk pemburuan haram penyu.

Vietnam adalah destinasi utama kebanyakan penyeludupan haram penyu bermula.

China dan Jepun pula menjadi pasaran paling popular untuk produk penyu yang diburu secara haram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN