fbpx

Terapi kanser perlu peruntukan pelaburan yang tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kos rawatan kanser semakin meningkat khususnya bagi mereka yang tiada simpanan atau perlindungan insurans. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penyakit tidak berjangkit atau Noncommunicable diseases (NCDs) yang terdiri daripada penyakit jantung, strok, kanser, diabetes dan penyakit paru-paru kronik secara kolektif bertanggungjawab untuk hampir 70 peratus daripada semua kematian di seluruh dunia. 

Hampir tiga perempat daripada semua kematian NCD dan 82 peratus daripada 16 juta orang mati pramatang atau sebelum mencapai umur 70 tahun.

Sikap fatalistik masyarakat terhadap NCD dan kesanggupan untuk menderita melalui kualiti hidup yang tidak optimum adalah satu masalah dan mengekalkan kitaran ganas kerana semakin ramai orang muda dan juga kanak-kanak menderita NCD.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen, Azrul Mohd Khalib berkata, fatalisme ini telah meragut nyawa setiap hari. 

Menurutnya, sikap ini juga sering menyebabkan kelewatan dalam diagnosis dan kegagalan dalam mempengaruhi keputusan untuk menggunakan terapi tradisional dan alternatif serta bukannya rawatan perubatan yang berkesan dan terbukti.

 “Krisis NCD di Malaysia juga adalah kompleks kerana ia dikaitkan dengan penentu sosial kesihatan, termasuk isu ketidaksamaan sosio ekonomi dan peningkatan kos pilihan makanan yang berpatutan.

“Ia juga melibatkan kemajuan dalam teknologi yang meningkatkan tingkah laku sedentari dan masyarakat yang telah menjadi leka bahawa sistem penjagaan kesihatan awam akan sentiasa ada untuk merawat mereka,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

 Menurut Azrul, terapi bersasar adalah sejenis rawatan kanser yang menyasarkan protein yang menentukan dan mengawal cara sel kanser tumbuh, membahagi dan merebak. 

“Ia serupa dengan peluru berpandu dan merupakan asas perubatan ketepatan.

 “Walaupun semakin terbukti berkesan dalam menguruskan kanser malah mengakibatkan penurunan peringkat penyakit, tetapi cabaran utamanya pula adalah untuk mendapatkan akses kepada terapi bagi mereka yang mungkin memerlukannya.

Gambar hiasan

“Persoalannya kini, berapa banyak individu sanggup membayar untuk mendapatkan terapi kanser? 

“Adakah terapi sasaran akan disubsidi oleh kerajaan, apabila ia telah dimasukkan ke dalam formulari Kementerian Kesihatan atau dibayar balik oleh insurans kesihatan swasta?

“Sudah tentu kita mahu memastikan akses yang saksama kepada rawatan sedemikian,” jelasnya.

Kementerian Kesihatan sebelum ini melancarkan Pelan Strategik Kebangsaan bagi Program Kawalan Kanser 2021 – 2025 yang mana beberapa bidang tumpuan utama seperti terapi yang mahu dimasukkan ke dalam Formulari KKM serta menambah baik akses kepada terapi disasarkan.

Tambah Azrul, tekanan kewangan akibat rawatan kanser membebankan pesakit, terutamanya apabila simpanan hayat digunakan dan akhirnya menyusut kerana insurans menampung kos minimum.

Sehubungan itu, ia boleh menyebabkan malapetaka kewangan yang mana satu pertiga daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk membiayai rawatan.

“Undang-undang penjagaan kesihatan harus mengehadkan perbelanjaan luar biasa dan meningkatkan had pelepasan insurans untuk pesakit dan penjaga yang membayar cukai. 

Undang-undang ini harus ditetapkan untuk melindungi pesakit yang terdedah dari segi kewangan yang membolehkan mereka memberi tumpuan untuk mendapatkan penjagaan yang sewajarnya bagi kadar kejayaan yang lebih tinggi,” katanya.

 “Tidak semua kanser boleh dikesan awal dan sistem kesihatan tidak boleh meninggalkan mereka yang didiagnosis awal dengan kanser payudara lanjutan. 

“Terutama apabila terapi sasaran tersedia dan ia berfungsi paling baik pada peringkat diagnosis awal kanser payudara lanjutan,” ujarnya.

 Tambah Azrul, kos ubat dan rawatan kanser adalah penghalang yang mengurangkan kemungkinan akses. 

Ini diburukkan lagi oleh tekanan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang berterusan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI