fbpx

Kedah hampir terima aib seperti Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara aksi menarik pertemuan Kedah dan Perlis di Stadium United. PIX FB Kedah Darul Aman

NAIB juara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma), Kedah hampir menerima aib sama seperti juara bertahan, Perak apabila terikat tanpa jaringan dengan Perlis pada aksi Kumpulan D di Stadium Universiti Tenaga Nasional (Uniten) sebentar tadi.

Walaupun mempamerkan aksi agresif di babak pertama, Kedah dihimpit kecewa selepas gagal menyudahkan beberapa peluang terbaik.

Bersambung kedua, kegagalan jentera tengah Kedah untuk berfungsi lebih baik buka peluang buat Perlis mendominasi permainan namun turut dihimpit masalah ketumpulan penyudah.

Memandangkan Kumpulan D hanya diisi tiga pasukan, keputusan seri ini menyaksikan Perlis dan Kedah tiada pilihan lain kecuali perlu menang ke atas Pulau Pinang.

Perlis terlebih dulu akan menentang Pulau Pinang, Khamis ini di venue sama manakala Kedah akan melengkapkan aksi Kumpulan D, Sabtu ini.

Dalam aksi Kumpulan C di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Terengganu terikat 2-2 dengan Sabah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI