fbpx

Bangunkan tanah wakaf Selangor, Johor untuk kemudahan kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri; Ahmad Raziff, Khamsiah dan Alex menandatangani perjanjian MoU sambil disaksikan pegawai kanan syarikat-syarikat yang menjalin kerjasama pada majlis yang diadakan di Putrajaya, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Tiga syarikat, iaitu Widuri Capital Management Sdn. Bhd. (WCM), Bintang Kencana Sdn. Bhd. (BKSB) dan ANDORRA Healthcare Bhd. (AHB) mengumumkan kerjasama strategik untuk pembangunanan kemudahan penjagaan kesihatan wanita dan kanak-kanak di tanah-tanah wakaf Johor dan Selangor.

Pengarah WCM, Datuk Alex Wee Cheng Kwan berkata, kerjasama tersebut akan melengkapkan kewujudannya untuk menyediakan syarikat berasaskan kemudahan penjagaan kesihatan tempatan akses yang lebih besar kepada sumber dana alternatif daripada pasaran ekuiti swasta tempatan.

“Sebagai rakan kongsi, kami tidak ragu-ragu tentang keupayaan BKSB untuk membangunkan kemudahan penjagaan kesihatan baharu dan mengiktiraf keupayaan AHB dalam menguruskannya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, baru-baru ini.

Dalam majlis memeterai memorandum persefahaman di Putrajaya, Alex berkata, berkenaan dapat memudahkan rancangan BKSB untuk melaksanakan pembangunan tersebut.

WCM ialah Perbadanan Pengurusan Ekuiti Persendirian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif BKSB, Datuk Ahmad Raziff Abu Bakar berkata, projek tersebut bukan sahaja akan memberi manfaat kepada masyarakat yang disasarkan di sekitar tanah wakaf, malah menawarkan projek pembangunan berpotensi untuk BKSB pada masa depan.

“Kerjasama ini penting bagi BKSB untuk mempromosikan beberapa projek pembangunan hospital lain di seluruh negara, meningkatkan nilai tanah wakaf dan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat.

“Kami telah mengenal pasti lokasi-lokasi lain yang berpotensi dalam negara, menjalin kerjasama dengan pengendali terkemuka di samping mempromosikan kemudahan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, menurut Pengarah dan Pengasas AHB, Dr. Khamsiah Muda, pembangunan kemudahan itu akan menjadi sebahagian daripada pelan pembesaran Hospital Wanita dan Kanak-Kanak ANDORRA dalam mempromosikan konsep Penjagaan Ihsan dalam persekitaran penjagaan kesihatan pelbagai disiplin.

“Kini hospital itu terletak di Seri Kembangan, Selangor dan menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan wanita dan kanak-kanak,” tambahnya.

Jelasnya, pemeteraian MoU itu adalah sebahagian daripada pelan induk AHB untuk pengembangan kemudahan penjagaan kesihatannya bagi membolehkan wanita dan kanak-kanak mendapat akses perkhidmatan penjagaan kesihatan pakar terkemuka dalam persekitaran yang penuh kasih sayang.

Penglibatan Yayasan Waqaf Malaysia dan Perbadanan Islam Johor dalam kerjasama itu juga akan menyumbang kepada impak yang besar kepada keseluruhan rancangan pembangunan kerana institusi itu diamanahkan kerajaan dalam membangunkan kemudahan penjagaan kesihatan di tanah wakaf. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI