fbpx

GiatMARA lahir lebih 40 jutawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) beramah mesra dengan orang ramai pada program Moh Ngeteh & Walkabout Kampungku 1 MAHIR di Dewan Orang Ramai Kampung Kuala Triang di Bera hari ini.

BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, GiatMARA berjaya melahirkan lebih 40 jutawan dalam bidang keusahahawanan sejak penubuhan agensi itu 36 tahun lalu.

Beliau berkata, penubuhan GiatMARA yang menekankan pembelajaran kemahiran memberi banyak peluang kepada semua anak muda termasuk yang gagal melayakkan diri ke institusi pengajian tinggi (IPT).

“Sebanyak 80 peratus peserta yang mengambil kursus di GiatMARA telah mendapat pekerjaaan malah terlibat dalam bidang perniagaan.

“Maknanya, dari segi rekod GiatMARA ini, memang bagus kerana hasil dari GiatMARA itu, apabila mereka keluar, bukan saja mereka boleh bekerja tetapi boleh menjalankan perniagaan sendiri,” katanya ketika berucap pada program Moh Ngeteh & Walkabout Kampungku 1 MAHIR di Dewan Orang Ramai Kampung Kuala Triang di sini hari ini.

Kira-kira 1,000 penduduk di sekitar perkampungan Kuala Triang, Seberang Guai dan Kampung Imam Sulong menyertai program itu.

Menurutnya, Ismail Sabri, sejak GiatMARA ditubuhkan pada 1986, lebih 400,000 pelatih telah dilahirkan dan 80 peratus daripadanya telah berjaya dalam bidang yang diceburi.

“Saya harap, kedatangan GiatMARA melalui program di kawasan kampung itu akan diperbanyakkan lagi bagi mendekati komuniti setempat.

“Melalui penganjuran program seperti ini juga dapat memberikan maklumat berkaitan kursus disediakan GiatMARA, terutamanya kepada golongan muda,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI