fbpx

Baby Shima ‘mengidam’ jadi model pakaian dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Baby Shima teringin untuk muncul sebagai model iklan seluar dalam jenama terkenal.

PETALING JAYA – Buat hal lagi. Itu paling layak buat penyanyi dangdut kontroversi, Baby Shima yang kali ini meluahkan keinginan untuk menjadi sebahagian daripada model seluar dan baju dalam sebuah jenama terkenal antarabangsa.

Kata Shima, segelintir selebriti tempatan sudah pun menjadi wajah bagi memperagakan jenama tersebut, tetapi hanya dia masih belum dirisik.

“Hey @calvinklein! sampai hati tak ambil Shima buat promo seluar dalam dan baju dalam ni!, bukan apa, ramai artis malaysia dah dapat buat iklan ni!.

“Cemburulah tengok komen-komen tempat mereka, ramai yang komen macam wah nice, so sexy dear, like it, nice shape dan banyak lagi.

“Shima nak cuba juga. Mana tau dapat komen-komen hebat macam tu ke,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut menyifatkan Shima sengaja mahu mencari publisiti murahan dan ‘lapar’ dengan kecaman daripada netizen.

“Shima rindu nak kena kecam ya? Sudah-sudahlah tu. Tolonglah jangan jadi munafik sangat, perbetul diri awak tu dulu.

“Shima sudah-sudahlah kita hidup ni sementara sahaja, biarlah mereka yang lain buat asalkan kita jangan ikut.

“Lapar perhatian sangat dia ni. Tak habis-habis dengan kontroversi. Jadi diri sendiri sudahlah,” komen pengikut.

Pada masa sama, ada juga netizen yang beranggapan pelantun lagu Lalai itu sengaja menyindir dan pulang batu buah kerasa kepada netizen yang baru-baru ini mengecam imejnya yang mencolok mata hingga menampakkan pakaian dalam ketika di Jakarta, Indonesia.

“Dia saja tu nak sindir dan perli netizen. Sapa yang faham tu fahamlah. Shima mana boleh kalah dengan netizen Malaysia,” tulis seorang pengguna.

Terdahulu, bagaikan drama rantaian apabila episod demi episod kecaman diterima Shima termasuk daripada pendakwah terkenal yang menyifatkan tindakan penyanyi kelahiran Permas Jaya, Johor Bahru itu sebagai keterlaluan serta tidak pernah serik mengejar kontroversi dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI