fbpx

Langkah kanan Arsenal di Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL memulakan kempen di pentas Eropah dengan bergaya selepas menewaskan Zurich pada aksi pertama Liga Europa awal pagi semalam. – AFP

ST. GALLEN – Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal membuka saingan di pentas Eropah dengan langkah kanan selepas menewaskan FC Zurich 2-1 dalam saingan Liga Europa di Arena AFG awal pagi semalam.

Bintang muda Brazil, Marquinhos, 19, yang dibeli daripada Sao Paulo awal musim ini, menja­ringkan gol pada penampilan sulungnya bersama The Gunners pada minit ke-16.

Zurich yang merupakan juara Switzerland musim lalu, me­nyamakan kedudukan pada hujung babak pertama apabila Mirlind Kryeziu menyempurnakan sepakan penalti selepas Eddie Nketiah melakukan kekasaran di dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, Nketiah menebus kesilapannya itu dengan menjaringkan gol kemenangan Arsenal selepas menanduk ma­suk hantaran silang daripada Marquinhos pada minit ke-62.

Ia merupakan permulaan sempurna buat Arsenal dalam aksi Kumpulan A selepas pe­ngurus, Mikel Arteta melakukan lapan pertukaran berbanding ketika tewas 1-3 di Manchester United pada aksi EPL di Old Trafford minggu lalu.

Perlawanan itu juga sekali lagi membuktikan Arteta membuat keputusan tepat mengubah posisi Granit Xhaka beraksi di bahagian tengah dengan peranan yang lebih menyerang.

“Dia (Xhaka) beraksi di posisi berbeza tahun ini. Saya melihat dia tidak mengalami sebarang masalah dan mudah menyesuaikan diri.

“Permainannya juga sa­ngat konsisten. Jadi, ia bukan satu perkara baharu apabila dia menjadi salah seorang pemain penting kami,” kata Arteta.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI