fbpx

‘Kembar’ Elfira Loy, Haqiem Rusli pula tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA individu kini tular kerana dikatakan memiliki wajah seiras dengan Elfira dan Haqiem Rosli.

SEBELUM ini, media sosial kecoh dengan wanita seiras Fazura, terbaharu tular pula ‘kembar’ dua selebriti terkenal iaitu Haqiem Rusli dan Elfira Loy.

Menerusi video TikTok yang pemilik akaun @nrl.syaqilah, dia bertemu dengan gadis seiras pelakon drama Qaleesya itu di sebuah restoran di Melaka.

Rata-rata netizen berpendapat wajah gadis itu persis Elfira, seraya memberikan beberapa gelaran iaitu ‘Elfira zaman Qaleesya’ dan ‘Elfira versi tinggi’.

Sementara lelaki yang dikatakan mirip Haqiem pula tular menerusi perkongsian video @danishaimannn.

Dengan kaca hitam dan gaya rambut, kelibatnya saling tidak tumpah seperti pelantun lagu Tergantung Sepi itu.

“Ini Haqiem Bruce Lee,” seloroh netizen.

“Terkejut ingat ini Haqiem sebenar, rupanya palsu,” ujar netizen lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI