fbpx

Dua lelaki larikan barang kemas, wang tunai RM660,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMERIKSAAN dilakukan oleh pasukan polis di lokasi rompakan kedai emas di Taman Ipoh Jaya, Ipoh hari ini.

IPOH – Dua lelaki bersenjatakan objek menyerupai sepucuk pistol melarikan barang kemas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM660,000 dalam satu rompakan di sebuah kedai emas di Taman Ipoh Jaya di sini hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, maklumat kejadian itu diterima daripada orang awam pada pukul 10.15 pagi.

Katanya, siasatan di tempat kejadian mendapati insiden itu berlaku ketika pekerja kedai emas tersebut sedang membuka premis perniagaan.

“Dua lelaki telah mengacukan senjata menyerupai pistol kepada tiga orang pekerja dan melarikan sejumlah barang kemas dan wang tunai dianggarkan berjumlah RM660,000.

“Ketiga-tiga pekerja kedai emas itu tidak mengalami kecederaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, usaha sedang dijalankan bagi mengesan dua suspek yang masih bebas.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Fadli Ahmad di talian 019-2500019.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan diri dan harta benda agar tidak berlaku kejadian tidak diingini.

“Selain itu, pengusaha-pengusaha perniagaan berisiko tinggi seperti kedai emas dan institusi kewangan juga disaran meningkatkan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan jenayah di premis masing-masing,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI