fbpx

Bas bawa 44 pelajar matrikulasi Kedah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran bas di Kilometer 35, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa, Gerik hari ini. /FOTO JBPM

GERIK – Seramai 44 pelajar Kolej Matrikulasi Kedah menempuh detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki terbakar di Kilometer 35, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa di sini hari ini.

Kejadian sekitar pukul 2 petang itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan secara konvoi dari Kelantan menuju pulang ke Changlun, Kedah bersama dua buah lagi bas ekspres.

Difahamkan, bas berkenaan terbakar ekoran percikan api yang terhasil daripada tayar bas yang meletup sewaktu dalam perjalanan.

Tindakan pantas pemandu berusia 38 tahun dan penumpang keluar segera daripada kenderaan menyelamatkan mereka daripada terperangkap dalam kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Mohd. Azizan Aziz berkata, maklumat berkaitan insiden itu diterima pada 2.05 petang dengan sepasukan lapan anggota dihantar ke lokasi kejadian.

Katanya, kerja-kerja pemadaman segera dilakukan yang mengambil masa hampir sejam untuk kebakaran dipadamkan sepenuhnya.

“Kejadian mengakibatkan kemusnahan bas dianggarkan sehingga 85 peratus itu tidak melibatkan kecederaan kepada pemandu dan penumpang bas.

“Kesemua pelajar telah keluar sendiri dan mereka dalam perjalanan untuk pulang ke Kolej Matrikulasi di Changlun,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI