fbpx

Suami tanggung komitmen teman wanita, tidak beri nafkah isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Sanggup tanggung komitmen teman-teman wanita, tetapi tidak memberi nafkah kepada isteri sedangkan ia menjadi tanggungjawab suami.

Itu masalah rumah tangga dihadapi seorang wanita yang diceraikan suami selepas lelaki itu ‘terkantoi’ melayan beberapa wanita dikenali menerusi media sosial.

Menurut perkongsikan oleh peguam syarie, Nor Asyiqin pada hantaran Facebook, wanita itu bertemu beliau bagi mendapatkan khidmat nasihat terhadap masalah dihadapi bersama suami.

“Sepanjang perkahwinan selama beberapa tahun, isteri yang menafkahi suami memandangkan kasihan melihat gaji suaminya yang hanya ‘nyawa-nyawa ikan’ selepas potongan hutang peribadi.

“Rupa-rupanya dalam diam dinafkahi isteri, suami menanggung komitmen teman-teman wanitanya berupa barang kemas, bayaran ke hotel berserta ‘nafkah teman wanita’ (hubungan intim) setiap bulan.

“Perkara ini diakui oleh salah seorang bekas skandal suami yang menghubungi isteri kerana menyedari telah ditipu oleh si lelaki yang kononnya mengaku bujang dan belum berkahwin,” katanya pada hantaran tersebut.

Berikutan itu, si isteri memberi dua pilihan kepada suaminya sama ada mengamalkan poligami atau meninggalkan zina tersebut.

“Namun, si suami masih enggan berpoligami dengan mana-mana wanita itu dan masih meneruskan hubungan terlarang sehingga sampai ke tahap pengetahuan pihak majikan.

“Skandal-skandal suami juga pernah mengirimkan beberapa gambar mahupun video intim si suami kepada si isteri sehingga menyebabkan isteri tercabar dan memfailkan pengesahan lafaz cerai yang dibuat oleh suami sebelum ini, namun suami mengaku tidak berniat melafazkan cerai yang dibuat melalui WhatsApp,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI