fbpx

Raja Charles III ambil alih takhta Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON- Bekas Putera Wales, Putera Charles,73, akan mengambil takhta monarki Britain dengan gelaran Raja Charles III selepas mangkatnya Ratu Elizabeth II hari ini.

Lapor portal BBC UK, baginda akan menggunakan nama King Charles III.

Berikutan naik takhta oleh Raja Charles III itu, anakanda baginda iaitu Putera William dan isteri, Kate Middleton secara automatik akan menggunakan gelaran Duke dan Duchess of Cornwell, Cambridge.

Isteri Raja Charles III iaitu Camilla pula akan dikenali Queen Consort.

Lapor portal itu juga, Raja Charles III secara rasmi akan naik takhta Sabtu ini di Istana St James, London.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI