fbpx

Putera Harry tiba lewat, pergi ke istana Balmora tanpa ditemani isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Duke of Sussex dalam perjalanan untuk menyertai ahli Keluarga Diraja yang lain untuk berkabung atas kemangkatan Ratu Elizabeth II. - Abermedia

LONDON – Putera Harry tiba di Istana Balmora hampir sejam setengah selepas kemangkatan nenda beliau diumumkan.

Istana Buckingham mengisytiharkan kemangkatan monarki Britain paling lama bertakhta dan berusia 96 tahun itu pukul 6.30 petang (waktu tempatan) semalam.

Bagaimanapun data penerbangan menunjukkan pesawat dinaiki Putera  Harry yang memakai gelaran Duke of Sussex, masih berada di ruang udara ketika itu dan hanya mendarat di lapangan terbang hampir 15 minit kemudian.

Beliau kemudian dilihat berada di dalam sebuah kereta yang meninggalkan lapangan terbang sejurus selepas pukul 7 malam.

Putera Harry akhirnya tiba di estet Scotland itu pukul 7.52 malam di mana beliau akan menyertai anggota keluarga diraja lain untuk berkabung atas pemergian Ratu Elizabeth II.

Harry pergi ke Balmoral bersendirian tanpa isterinya, Meghan. 

Adalah difahamkan bahawa Meghan mungkin berada di London. Duchess of Sussex itu mungkin menyertai Putera Harry pada satu tarikh kemudian, kata sumber. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI