fbpx

Penunggang motosikal maut dihempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan penunggang motosikal yang maut dihempap pokok di Kilometer 67.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di Bentong hari ini.

BENTONG – Seorang lelaki maut selepas dihempap pokok ketika sedang menunggang motosikal di Kilometer 67.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.17 malam itu, mangsa Muhammad Mustaqim Noor Azhar, 21, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 ke arah Temerloh dihempap pokok yang tumbang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati terdapat seorang lelaki berada di bawah timbunan pokok.

“Bomba membuat operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan gergaji rantai sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI