fbpx

Pelitup muka di masjid, surau masih wajib di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Amir Shah (tengah) meninjau masjid diraja itu dengan turut diiiringi Mohd. Shahzihan (tiga kanan) hari ini.

KUALA SELANGOR – Pemakaian pelitup muka di semua masjid dan surau di Selangor masih diwajibkan kepada semua jemaah setakat ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya sudah menyembah maklum beberapa syor mengenai perkara itu
kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kata beliau, cadangan itu meliputi prosedur operasi standard (SOP) atau langkah alternatif dengan mengambil kira keselamatan dan keselesaan semua pihak.

“Kita mengambil maklum pengumuman terbaharu oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai pelitup muka itu.

“Namun, pemakaiannya masih kekal di masjid atau surau di negeri ini dan menunggu perkenan Sultan Sharafuddin bagi ketetapan baharu kelak,” katanya ketika ditemui di Masjid Raja Lumu di Pekan Lama di sini, hari ini.

Terdahulu, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan merasmikan Masjid Diraja kesembilan negeri itu yang  dinaiktaraf selepas diubahsuai sejak 2018 oleh Kumpulan Syarikat Rafulin.

Tambah Mohd. Shahzihan, pihaknya akan memaklumkan SOP atau ketetapan terkini itu selepas mendapat perkenan Istana Selangor.

Dalam pada itu, beliau berkata, JAIS turut sudah mempersembahkan kepada Sultan Sharafuddin berkaitan ajaran sesat Hadi Minallah.

“Tiada (penahanan) dan perkara itu sudah disembah maklum kepada baginda,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI