fbpx

NSFC kutip tiga mata menentang Sarawak United FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Sarawak United FC, Stuart James Wilson Wark, menghalang Pergerakan pantas pemain Import NSFC, Gustavo Almeida, ketika beraksi di Stadium Paroi, Seremban, hari ini. - FOTO/ MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) memperolehi tiga mata ketika menentang Sarawak United FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini hari ini.

NSFC berjaya menghasilkan gol dalam perlawanan Liga Super dan memperoleh keputusan 3-2 di gelanggang sendiri.

Perlawanan dimulakan pasukan NSFC dengan gasakan ke pihak lawan dalam keadaan padang basah.

Gol pertama NSFC dijaringkan menerusi Gustavo Dos Santos pada minit ke-17.

Pada minit ke-30, pasukan Sarawak United FC berjya menyamakan kedudukan dengan hasil jaringan Raja Imran Shah Raja Amin.

Seterusnya, cubaan NSFC untuk menjarakkan kedudukan berjaya hasil sepakan Gustavo pada minit ke-66.

Pada minit ke-79, NSFC sekali lagi berjaya membolos gawang lawan apabila memperoleh gol ketiga melalui jaringan oleh Matheus Alves.

Gol kedua Sarawak United FC berjaya dijaringkan oleh Nur Shamie Iszuan Amin pada minit ke-85.

Perlawanan tamat dengan tambahan masa empat minit dan NSFC kekal berada di tangga ketiga Liga Super dengan mata terkumpul 35. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI