fbpx

Najis dalam tren, Rapid KL didesak ambil tindakan penumpang tak beradab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar najis di dalam tren yang dimuat naik oleh Rapid KL di laman sosialnya hari ini.

PETALING JAYA – Malaysia sudah menyambut kemerdekaan selama 65 tahun, namun masih ada manusia pengotor dan tidak bertanggungjawab dengan membuang najis di dalam tren hingga mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan penumpang.

Kejadian kali kedua itu berlaku di dalam salah satu tren milik Rapid KL dan rata-rata orang ramai mendesak agar mereka mengambil tindakan ke atas penumpang berkenaan.

Rapid KL berkata, penumpang adalah dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan ketika berada di dalam pengangkutan awam.

“Para penumpang yang dihormati, kami ingin memohon kerjasama agar menjaga kebersihan diri serta kawasan sekeliling ketika di dalam bas mahupun tren, demi keselesaan bersama.

“Kerjasama serta perhatian semua adalah amat kami hargai,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Rata-rata penumpang marah dengan tindakan tersebut dan mengecam kelakuan yang langsung tidak bertamadun itu.

“Saya cadangkan lihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) supaya dapat tangkap si pelaku,” kata salah seorang pelayar.

“Nampak sangat penumpang-penumpang tak berotak, menyusahkan orang lain dan pengurusan,” seloroh seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI