fbpx

Istiadat pengebumian Ratu Elizabeth II selama 10 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMEJ Ratu Elizabeth II dipaparkan pada papan iklan digital Times Square di New York, Amerika Syarikat. - AFP

LONDON – Kemangkatan Ratu Elizabeth II telah mengaktifkan pelan kecemasan dikenali sebagai Operasi Unicorn, lapor portal berita MailOnline semalam.

Antaranya termasuk upacara diraja di Edinburgh menjelang operasi untuk membawa keranda Ratu Elizabeth II kembali ke London.

Pegawai yang memakai gelaran Earl Marshal bertanggungjawab melaksanakan pelan itu, bersama penasihat-penasihat diraja serta kerajaan.

Keluarga diraja Britain telah berada di Istana Balmoral termasuk Putera Charles – kini Raja Britain yang baharu dan memakai gelaran Raja Charles III.

Anak Ratu Elizabeth II yang berada di sisi ketika baginda menghembuskan nafas terakhir ialah Puteri Anne, Putera Andrew dan Putera Edward.

Putera Charles, 73, kini bergelar raja, namun menurut adat istiadat diraja, pemakluman rasmi tentang perkara itu dibuat sehari selepas kematian Ratu Elizabeth II.

Anggota keluarga diraja dijangka akan mengadakan upacara memperingati dan berdoa di sekeliling keranda Ratu Elizabeth II di Katedral St Giles, Edinburgh dalam masa beberapa hari lagi.

Turut berada di Istana Balmora ialah Putera William yang memakai gelaran Duke of Cambridge dan Camilla iaitu permaisuri baharu Britain.

Putera William kini pewaris pertama takhta diraja Britain manakala keranda Ratu Elizabeth II diletakkan di dewan Ballroom di Balmoral.

Susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II, Parlimen Scotland akan digantung manakala jasad mendiang akan terdahulu dibawa ke Edinburg menggunakan Kereta Api Diraja dalam perjalanan yang mengambil masa lebih lima jam sebelum disimpan semalaman di Istana Holyrood House.

Pada hari berikutnya, keranda mendiang akan dibawa ke Katedral St Giles untuk penghormatan dan resepsi.

Selain anggota keluarga diraja, rakyat jelata juga dibenarkan masuk untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.

Keranda Ratu Elizabeth II kemudian akan diletakkan ke dalam Kereta Api Diraja sekali lagi dan dibawa pulang ke Istana Buckingham London.

Satu lagi pelan kecemasan dinamakan Operasi Overstudy akan diaktifkan sekiranya perjalanan ke London dilakukan melalui jalan udara dengan kemungkinan besar keranda Ratu Elizabeth II akan dibawa menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Britain (RAF) sama ada di pangkalan RAF di Brize Norton atau Northholt.

Sama ada keranda itu dibawa melalui kereta api atau pesawat, ia akan disambut oleh jawatankuasa resepsi diketuai Perdana Menteri dan disertai anggota Kabinet setibanya di London.

Sebaik sahaja jasad Ratu Elizabeth II kembali berada di Istana Buckingham, tempoh berkabung selama lapan hari akan berlangsung dan berakhir dengan jasad monarki Britain itu disemadikan dalam majlis pengebumian di Westminster Abbey. 

Terdahulu, anggota keluarga diraja Britain yang paling rapat dengan Ratu Elizabeth II telah berkumpul di Istana Balmoral selepas keadaan kesihatan monarki berkenaan menjadi bertambah buruk malam semalam.

Ratu Elizabeth II menaiki takhta dalam tahun 1952 dan menjadi saksi kepada perubahan sosial yang ketara.

Baginda mangkat pada usia 96 tahun dan merupakan monarki Britain yang paling lama bertakhta iaitu selama 70 tahun.

Monarki berkenaan meninggalkan empat orang anak, lapan cucu dan 12 cicit. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI