fbpx

Camilla bakal permaisuri baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail Camilla dan Putera Charles. - AFP

LONDON – Isteri Raja Charles III, Camilla bakal menjadi permaisuri selepas berdepan dengan persepsi masyarakat negara itu yang membencinya selepas dikatakan menjadi punca perceraian Puteri Diana dengan pewaris takhta itu.

Mendiang Puteri Diana pernah mendedahkan Camilla mempunyai hubungan dengan suaminya ketika itu Putera Charles dalam satu temu bual penuh kontroversi pada tahun 1995.

“Ada orang orang dalam hubungan ini (rumah tangga), ia sangat sesak,” kata Puteri Diana dalam temuramah itu.

Camilla yang merupakan kekasih lama Putera Charles ketika itu telah berkahwin dengan pegawai tentera British, Andrew Parker Bowles pada 1973 kerana percaya Putera Charles tidak akan melamarnya dan mengahwini Puteri Diana.

Camilla dan Andrew bercerai pada 1995 sebelum diikuti perceraian Putera Charles dan Puteri Diana setahun kemudian.

Putera Charles mengahwini Camilla pada 2005 dan dianggap rakyat British sebagai pasangan bercinta paling setia

Mendiang Ratu Elizabeth II pada ulang tahun pemerintahan ke-70 pernah menyatakan harapan bahawa Camilla akan menjadi permaisuri apabila Putera Charles diangkat menjadi Raja. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI