fbpx

Wanita warga emas maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat wanita warga emas yang meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terjatuh daripada motosikal ditunggang seorang lelaki sebelum dilanggar oleh sebuah lori dalam kejadian berhampiran Kampung Parit Hamid, Batu Pahat semalam.

BATU PAHAT – Seorang wanita warga emas maut selepas terjatuh daripada motosikal ditunggang seorang lelaki dipercayai suaminya dalam kejadian di Jalan Yong Peng – Ayer Hitam berhampiran Kampung Parit Hamid semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi ketika wanita berkenaan yang berusia 66 tahun dalam perjalanan dari Ayer Hitam ke Batu Pahat.

Katanya, sebaik sampai di lokasi kejadian, mangsa dipercayai terjatuh daripada motosikal diboncengnya sebelum dilanggar sebuah lori yang turut dalam arah perjalanan sama dan berada di belakangnya.

“Akibat daripada kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala lelaki berusia 64 tahun yang menunggang motosikal diboncengnya serta pemandu lori berumur 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke hospital berdekatan untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI