fbpx

Wanita dikecam makan nasi guna kuku panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dewi makan nasi menggunakan jarinya tanpa mengalami sebarang masalah. – TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di  Jogjakarta menjadi mangsa kecaman netizen apabila menunjukkan aksinya sedang makan nasi dengan keadaan kukunya yang panjang tanpa menggunakan sudu, lapor laman berita Wolipop hari ini.

Berdasarkan klip video yang dikongsikan di laman TikTok, wanita dikenali sebagai Dewi itu dilihat memiliki kuku jari yang amat panjang sehingga kelihatan melingkar seperti akar pokok.

Dewi memaparkan aksi makan nasi menggunakan jarinya tanpa mengalami sebarang masalah.

“Makan nasi pakai kuku,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Video tersebut menjadi sasaran kecaman netizen yang memberikan pelbagai komen.

“Utamakan kebersihan, bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman,” kata seorang pengguna media sosial.

Komen-komen yang diberikan mendapat respons daripada Dewi yang membalas kembali kata-kata netizen.

“Adakah ia satu masalah buat anda? Ia tidak merugikan hidup anda,” kata Dewi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI