fbpx

Lebuh Raya KL-Karak sesak teruk sejauh 5 km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sesak sepanjang 5 km di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak akibat lori terbalik.

PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan sesak dan perlahan ekoran kemalangan sebuah lori terbalik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) sejak pukul 7.30 malam tadi.

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dalam laporannya berkata, kejadian itu berlaku di laluan Genting Sempah menghala ke Gombak di kilometer (KM) 31.6 arah barat.

Berikutan itu, trafik menjadi sesak sepanjang 5.5 km menghala ke Kuala Lumpur akibat lorong kanan dan tengah terhalang.

Bagaimanapun, kedua-dua lorong kanan dan tengah telah dibuka semula pada pukul 9.05 malam selepas kerja-kerja mengalihkan kenderaan terlibat kemalangan selesai.

Justeru, ujar LLM, orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati ketika memandu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI