fbpx

Jihan Muse, Ungku Hariz timang anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIHAN MUSE dan suaminya, Ungku Hariz.

PETALING JAYA – Pengacara popular, Jihan Muse selamat menimang cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor, kelmarin.

Berita gembira tersebut dikongsikan beberapa rakan terdekat pemilik nama sebenar Nur Jihan Musa itu menerusi Instagram Story mereka.

Antaranya yang menzahirkan ucapan tahniah secara maya ialah isteri kepada pelawak Fad Bocey, Nur Syahirah A Rahman.

“Tahniah kak @jihanmuse akhirnya Arsalan dah ada adik. Semoga semua dalam keadaan baik. Selamat berpantang,” tulisnya dengan latar belakang foto mereka berdua.

Perkongsian Syahirah itu kemudian dimuat naik semula pelakon dan pelawak berkenaan di platform sama miliknya.

Pada masa sama, Jihan dan suaminya, Ungku Hariz Faizal yang juga aktor turut memuat naik semula status Pusat Perubatan Avisena yang mengucapkan tahniah kepada mereka.

Biarpun belum membuat pengumuman rasmi berhubung kehadiran ‘orang baru’, muatnaik semula yang dilakukan itu secara tidak langsung mengesahkan khabar gembira.

Terdahulu, Jihan memuat naik beberapa keping foto sekeluarga dalam Instagram miliknya beberapa hari lalu untuk berkongsi perkembangan kehamilan keduanya.

“Menunggu hari. Doakan saya kuat untuk melahirkan anak kedua ini dengan selamat dan sihat walafiat,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sebelum ini Jihan mendedahkan dia hanya tahu dirinya berbadan dua selepas melakukan ujian calitan Covid-19 sebagai prosedur menjadi pengacara Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) yang sepatutnya berlangsung pada Januari lalu.

Jihan juga tidak akan mengendalikan Gegar Vaganza musim ke sembilan bersama teman gandingan, Nabil Ahmad yang akan bermula pada 18 September ini.

Tempatnya itu digantikan pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein.

Perkahwinan selebriti berusia 39 tahun dan Ungku Hariz yang dibina pada 2016 terlebih dulu diserikan seorang putera, Ungku Arsalan Haq, 4 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI