fbpx

Banjir Baling: Mangsa di PPS dinasihatkan tidak pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang, Kupang sejak Selasa lalu.

BALING – Seramai 106 mangsa daripada 31 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kupang di sini dinasihatkan supaya tidak pulang ke rumah masing-masing kerana keadaan cuaca yang masih hujan pada sebelah petang.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd. Faizol Ab. Aziz berkata, semua mangsa terlibat berada di dua PPS yang dibuka iaitu di Dewan Terbuka Kampung Padang Empang dan Dewan Masjid Al-Huda, Kampung Hangus.

“Seramai 94 mangsa daripada 30 keluarga berada di PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang dan 12 mangsa daripada sebuah keluarga berada di Dewan Masjid Al-Huda.

“Keadaan cuaca masih tidak menentu, sentiasa mendung dengan hujan renyai dan kadangkala hujan lebat di sebelah petang,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata beliau, mangsa dinasihatkan tinggal di PPS sehingga keadaan kembali pulih.

“Namun begitu ada di antara mangsa yang pulang pada waktu siang untuk membersihkan rumah dan datang semula untuk bermalam di PPS.

“Data keluar masuk PPS akan direkodkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pemeriksaan kesihatan akan dilakukan oleh pembantu perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI