fbpx

Azfar Heri tayang dapat kacang MAS mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar permohonan maaf Azfar di akaun Twitter miliknya semalam.

PETALING JAYA – Bak kata pepatah Melayu, ‘berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat’ sesuai menggambarkan isu yang tular yang melibatkan pempengaruh (influencer), Azfar Heri, yang akhirnya membuat permohonan maaf di akaun Twitter miliknya, semalam.

“Saya akan beri kerjasama penuh kepada pihak MAS dan saya harap dapat jumpa dengan semua pihak agar kita boleh selesaikan isu ni sewajarnya.

“Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dan saya ucapkan terima kasih kepada semua yang bagi teguran membina,” ciapnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kes tular di Twitter mengenai pramugari di sebuah syarikat penerbangan berdepan risiko dikenakan tindakan tatatertib selepas didakwa memberi kacang kepada pepengaruh itu dalam jumlah yang banyak.

Ekoran kejadian tersebut, Azfar menerima pelbagai reaksi temasuklah kecaman daripada orang ramai.

Penyanyi Zarul Umbrella yang juga bekas pramugara di sebuah syarikat penerbangan namun bersetuju bahawa tindakan pramugari tersebut telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) sesebuah syarikat penerbangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI