fbpx

Taiwan gantung kemasukan tanpa visa rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiada alasan diberikan mengenai penggantungan sementara kemasukan tanpa visa oleh Taiwan ke atas beberapa negara Asia Tenggara. - Taipei Times

TAIPEI – Pihak berkuasa Taiwan meletakkan beberapa negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura dan Thailand dalam senarai ‘penggantungan sementara’ bagi kemasukan tanpa visa ke wilayah autonomi China itu, lapor portal berita Coconut News hari ini.

Menerusi laman web Biro Hal Ehwal Konsular Taiwan, senarai tersebut termasuk Jepun dan Filipina serta tiada alasan diberikan untuk penggantungan sementara itu.

Program pengecualian visa Taiwan membenarkan pelawat dari negara tertentu untuk tinggal selama 30 hingga 90 hari di pulau tersebut.

Penggantungan beberapa negara daripada senarai pengecualian bermakna pelancong dari lokasi tersebut yang memasuki Taiwan masih perlu menjalani kuarantin selama tiga hari dan mengambil ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) semasa ketibaan.

Taiwan telah pun menamatkan keperluan untuk menjalani ujian PCR negatif sebelum berlepas.

Sementara itu, negara-negara seperti Australia, Britain, Perancis, Jerman, New Zealand dan Amerika Syarikat kekal layak untuk masuk tanpa visa ke Taiwan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI