fbpx

Persekitaran mencabar buat sektor hartanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sektor hartanah terus dilihat berdepan tekanan dalam isu kekurangan tenaga buruh dan persekitaran kadar faedah yang kian meningkat. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sektor hartanah domestik dilihat terus dibebani isu lebihan bekalan, kenaikan kadar faedah yang menghakis kemampuan untuk membeli dan lonjakan dalam kos pembinaan, menurut nota kajian yang diterbitkan Kenanga semalam.

Katanya, prestasi syarikat ­hartanah bagi tempoh suku tahun kedua 2022 mengalami sedikit kemerosotan dan situasi berkenaan bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi para pelabur.

“Pemaju terus melaporkan keuntungan yang sihat, namun mereka berisiko berdepan tekanan margin menuju ke hadapan kerana kenaikan mendadak dalam kos pembinaan baru-baru ini boleh menjejaskan peruntukan luar jangka mereka.

“Kami turut mendapati terdapat pemaju tertentu telah menangguhkan pelancaran baharu, dan kami percaya kos pembinaan yang tinggi berisiko menjejaskan daya maju pelancaran berkenaan, lebih-lebih lagi dalam persekitaran kekurangan tenaga buruh serta kadar faedah yang meningkat,” katanya.

Dalam pada itu, Kenanga berkata, melihat dari sudut lebih positif, jualan hartanah domestik telah kembali meningkat sei­ring dengan pembukaan semula ekonomi.

“Kebanyakan syarikat telah memenuhi jangkaan kami dari segi jualan bagi tempoh separuh tahun pertama 2022, apabila pembeli rumah boleh kembali melawat galeri jualan secara fizikal.

“Selain itu, kos beberapa input pembinaan, misalnya keluli telah menca­tatkan penurunan sejak beberapa bulan lalu.

“Sementara itu, kebanyakan pemaju masih berada di belakang untuk meme­nuhi sasaran setahun penuh mereka bagi pelancaran baharu,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI