fbpx

Nahas jalan raya di India ragut 426 nyawa sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDU melalui jalan yang sibuk semasa hujan di New Delhi pada 12 Julai lalu. – AFP

NEW DELHI – Satu data kerajaan mendapati bahawa India merekodkan 12 peratus daripada kematian akibat kemalangan jalan raya di peringkat global, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Menurut data Biro Rekod Jenayah Kebangsaan (NCRB), lebih 155,000 orang terkorban dalam nahas jalan raya di seluruh India pada 2021 dengan purata 426 orang setiap hari atau 18 setiap jam. Angka itu adalah yang tertinggi dicatatkan dalam mana-mana tahun kalendar setakat ini.

Selain kematian, 371,000 orang turut cedera dengan 403,000 kemalangan jalan raya di seluruh negara pada 2021.

Data laporan NCRB bagi 2021 turut mencadangkan bahawa pengangkutan awam seperti bas adalah lebih selamat daripada pengangkutan persendirian seperti motosikal, kereta dan lain-lain.

Bilangan kemalangan jalan raya tertinggi setiap tahun adalah disebabkan oleh pemanduan yang cuai dan memandu secara laju. 

Pakar berkata, usaha menjaga keselamatan diri semasa memandu adalah perkara paling penting yang perlu dilakukan dengan menggunakan aksesori keselamatan dalam kereta. Seseorang juga perlu tahu fungsi keselamatan seperti beg udara dan tali pinggang keledar di dalam kereta.

Bagaimanapun di India, pemandu jarang-jarang memakai tali pinggang. Semua kereta mempunyai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang, namun hanya sedikit penumpang yang menggunakannya di bandar kewangan India, Mumbai.

“Apabila memandu di kawasan setempat, saya tidak menggunakan tali pinggang keledar. Apabila berada di lebuh raya, kami kadang-kadang menggunakannya tetapi sering kali terlupa,” kata seorang penduduk Mumbai, Parth Shah.

Seorang lagi penduduk Mumbai berkata dia tidak pernah menggunakan tali pinggang keledar belakang sama sekali kerana merasakan ia tidak perlu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI