fbpx

Haily terima projek daripada Mah Sing bernilai RM17.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Haily Group Berhad (Haily) telah memenangi kontrak kedua bernilai RM17.5 juta daripada Mah Sing Group Bhd. (Mah Sing) dalam masa kurang setahun untuk membina 108 kediaman bertanah bagi perbandaran intergrasi terbesarnya di Gerbang Timur Iskandar Malaysia.

Kontrak baharu ini menandakan keyakinan pemaju utama seperti Mah Sing terhadap kualiti kerja Kumpulan dan rekod prestasi yang terbukti.

Haily melalui anak syarikatnya, Haily Construction Sdn. Bhd. telah menerima Surat Anugerah (LoA) daripada Meridin East Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Mah Sing untuk projek pembinaan  108 unit rumah teres dua tingkat di Plentong, Johor.

Projek pembinaan itu akan mengambil masa selama 16 bulan.

Pengasas dan Pengarah Eksekutif Haily, See Tin Hai berkata, ini adalah satu pencapaian bagi Kumpulan kerana pihaknya kini memberi tumpuan terhadap usaha mengukuhkan status Kumpulan  untuk berada di barisan hadapan kontraktor terkemuka Johor.

“Pencapaian ini sejajar dengan pertumbuhan masa depan kami untuk mengukuhkan lagi kedudukan kami dalam industri pembinaan, ”katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Melangkah ke hadapan, Kumpulan menjangkakan prestasinya akan didorong oleh projek
pembinaan sedia ada yang sedang berjalan serta projek pembinaan baharu yang dijangka akan
diperoleh.

Haily berpendapat bahawa keputusan kewangannya untuk tahun berakhir 31 Disember 2022 akan kekal menggalakkan.

“Dengan pemerolehan pekerjaan terkini, buku pesanan kami terdiri daripada 24 projek yang
sedang berjalan dengan jumlah nilai kontrak RM578.12 juta, yang dijangka siap secara
berperingkat antara 2022 dan 2024,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI