fbpx

Cuaca buruk di KL, Putrajaya pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda ibu negara dan Putrajaya pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, seluruh Pulau Pinang, Selangor dan Melaka dijangka turut mengalami cuaca buruk.

Manakala, cuaca buruk di Perak diramalkan di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim.

“Pahang pula melibatkan Bentong, Maran, Kuantan dan Pekan manakala Negeri Sembilan di Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

“Johor di Tangkak, Muar dan Batu Pahat. Sarawak membabitkan Sarikei, Sibu (Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu),” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI