fbpx

2 penganggur ditangkap curi kabel bernilai RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki ditangkap disyaki mencuri kabel di kaki lima hadapan sebuah kedai di kawasan Pudu Cheras, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Kegiatan dua lelaki mencuri kabel bernilai RM2,000 di kaki lima hadapan sebuah kedai akhirnya terbongkar dan ditahan polis di Jalan Perdana 2/7 Pandan Perdana, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya telah menerima panggilan daripada seorang pengarah syarikat mengenai kehilangan segulung wayar kabel bersaiz 50 milimeter.

“Pihak polis menerima maklumat bahawa kabel tersebut telah dicuri dengan anggaran kerugian sebanyak RM2,000.

“Hasil risikan lanjut, polis berjaya menahan dua lelaki tempatan masing-masing berusia 38 dan 39 tahun di Pudu, Cheras sekitar pukul 11 malam.  Kedua-duanya didapati tidak bekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, polis turut merampas pakaian dan sebuah motosikal yang digunakan semasa kejadian manakala kabel berkenaan dipercayai telah dijual di sebuah kedai besi buruk di Kampung Pandan.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek pertama mempunyai 32 rekod lampau pelbagai kesalahan dadah dan jenayah curi manakala suspek kedua mempunyai 14 rekod lampau pelbagai kesalahan dadah.

“Kedua-duanya ditahan reman selama empat hari sehingga 10 September dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI