fbpx

Sorok rokok seludup RM7.7 juta dalam gudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Johor merampas pelbagai rokok tidak bercukai lebih RM7.7 juta yang disimpan di dalam sebuah gudang di Taman Perindustrian Maju Jaya, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya merampas sejumlah 1,029 kotak berisi rokok tidak bercukai bernilai lebih RM7.7 juta dalam satu serbuan yang dijalankan di sebuah gudang di Jalan Belati, Taman Perindustrian Maju Jaya, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan berkenaan dijalankan sepasukan pegawai dan anggotanya di premis berkenaan pada pukul 12.30 tengah hari.

Beliau bagaimanapun memberitahu tiada tangkapan dibuat kerana premis berkenaan telah dikosongkan ketika serbuan dijalankan.

“Dalam serbuan itu, polis berjaya merampas 347 kotak rokok jenama Redwood warna merah dan hijau, 514 kotak rokok jenama Bosston warna biru, ungu dan merah serta 168 rokok Pragon warna merah dan biru.

“Kesemua 1,029 kotak rokok pelbagai jenama ini bernilai RM7,717,500 termasuk cukai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI