fbpx

Wanita 20-an jadi buruan Leonardo DiCaprio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS dua hari putus cinta, Leonardo DiCaprio pantas menemui pengganti apabila kini dikatakan menjalin hubungan dengan Maria Beregova.

SELEPAS memutuskan hubungan dengan bekas kekasih, pelakon Leonardo DiCaprio kini dikhabarkan sedang bercinta dengan seorang model berusia 22 tahun.

Menurut laporan Daily Mail, bintang filem Titanic itu dikatakan menjalinkan hubungan bersama seorang model yang berasal dari Ukraine bernama Maria Beregova.

Apa yang menarik perhatian media apabila DiCaprio, 47, dikatakan bercinta dengan Beregova selepas dua hari memutuskan hubungan bersama bekas teman wanitanya, Camila Morrone.

Menurut sumber terdekat pelakon itu, difahamkan Beregova sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan cucu seorang pengusaha kaya, Massoud Abdelhafid iaitu Ahmed Abdulhafid.

“Wanita itu dilahirkan di Ukraine, namun kini tinggal di London dan mewarisi perusahaan farmasi milik keluarganya,” kata sumber tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI