fbpx

UUM turut tawar tempat pengajian, biasiswa kepada dua pelajar cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haim Hilman (tengah) mengunjungi dua pelajar cemerlang iaitu Omar Mokhtar dan Salmah di Kampung Budi, Pokok Sena pada hari ini.

ALOR SETAR – Universiti Utara Malaysia (UUM) turut tampil menawarkan tempat pengajian dan biasiswa kepada dua pelajar cemerlang yang kisah kemiskinan mereka disiarkan akhbar Kosmo! baru-baru ini.

Pelajar dari Sekolah Menengah Kubur Panjang, Pendang dekat sini iaitu Omar Mokhtar Abdul Rahman, 20, dan Salmah Aminudin, 20, memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Naib Canselor UUM, Profesor Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, beliau sangat kagum dengan kejayaan dua pelajar itu meskipun kehidupan mereka dalam keadaan serba kekurangan.

Katanya, mereka boleh dijadikan ikon kepada pelajar miskin lain kerana masalah kemiskinan tidak menjadi penghalang untuk berjaya dalam pelajaran.

“Adalah merugikan jika dua permata anak bangsa kita ini dibiarkan begitu sahaja tanpa melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

“Oleh itu kami turun ke sini bagi memberi semangat kepada mereka supaya meneruskan pengajian untuk masa hadapan,” katanya yang menemui dan menyampaikan sumbangan kepada dua pelajar terbabit di Kampung Budi, Pokok Sena dekat sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI