fbpx

Thailand cipta mesin bantu petani panjat, petik pokok kelapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesin ini membantu petani memanjat pokok kelapa sendiri tanpa mengerah monyet seperti yang selalu dilakukan. - The Nation

BANGKOK – Jabatan Pertanian Thailand mencipta sejenis mesin yang boleh membantu petani memanjat pokok kelapa tanpa mengerah monyet yang merupakan cara tradisional memetik buah kelapa, lapor laman berita Thaiger semalam.

Inovasi itu susulan laporan organisasi bukan berasaskan keuntungan, Layanan Etika Terhadap Haiwan (PETA) Thailand yang mendakwa petani mendera monyet menerusi perbuatan memanjat pokok.

Mereka menyeru agar amalan itu dihentikan bersama-sama dengan penggunaan monyet dalam apa-apa jenis industri pertanian di Thailand dan negara lain di seluruh dunia.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Dr. Suwit Chaikiattiyos, pandangan negatif sedemikian boleh menjejaskan industri eksport kelapa yang merupakan salah satu sumber ekonomi utama negara.

Disebabkan itu, jabatan tersebut menetapkan untuk mewujudkan penyelesaian bagi menggantikan monyet di ladang kelapa.

Alat yang dihasilkan kelihatan seperti pendakap kaki tetapi menggunakan tali pinggang untuk bukan sahaja membantu petani memanjat pokok, bahkan bagi melakukannya dengan selamat.

Menurut Suwit, tali alat itu diikat pada kaki seorang petani dan akan menambah 5 kilogram tambahan pada setiap kaki.

Ini akan membolehkan seorang petani memanjat pokok pada kadar kira-kira 0.14 meter (m) sesaat atau 8.4 m seminit.

Purata ketinggian pokok kelapa adalah antara 18 hingga 24 m, ini bermakna seorang petani boleh memanjat sebatang pokok dalam masa kira-kira dua hingga tiga minit.

Alat ciptaan Jabatan Pertanian itu kini dikilangkan oleh tiga kilang dan petani yang berminat untuk membeli sistem itu boleh menghubungi Institut Penyelidikan Kejuruteraan Pertanian bagi  memesannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI