fbpx

Najib sakit perut punca masuk hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak semalam selepas mengalami sakit perut ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Beliau yang sebelum ini disabitkan bersalah kerana menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan sedang melalui kesemua pemeriksaan perubatan yang diperlukan.

Anaknya, Nooryana Najwa menerusi hantaran InstaStory sebentar tadi memaklumkan bapanya itu sememangnya sering mengalami masalah perut yang berulang.

“Daddy (Najib) sangat terdedah kepada ulser perut yang boleh berlaku di bawah tekanan atau disebabkan gastrik.

“Kali terakhir daddy kena ulser perut tahun lepas sehingga pengsan akibat pendarahan dalaman dan terpaksa dimasukkan ke hospital selama seminggu untuk rawatan susulan,” tulisnya.

Menurut Nooryana, Najib seorang yang susah untuk mengadu tentang kesakitan yang dialaminya kerana tidak mahu menyusahkan orang lain sehingga sanggup merisikokan diri sendiri.

Tambahnya lagi, dia dan keluarga berharap bapanya itu mendapat rawatan yang sepenuhnya bagi memastikan tahap kesihatan Najib kembali pulih dengan baik.

“Kami sangat berharap daddy mendapat pemeriksaan dan rawatan dengan kerap jika diperlukan oleh pihak penjara dan hospital,” luahnya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI