fbpx

Lelaki warga emas maut dalam kebakaran rumah, tokong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEBAKARAN dua buah rumah dan sebuah tokong yang mengakibatkan seorang lelaki warga emas maut di Bukit Merah, Menglembu, Ipoh.-FOTO/IHSAN JBPM

IPOH – Seorang lelaki warga emas maut dalam kebakaran yang memusnahkan dua buah rumah dan sebuah tokong di Bukit Merah, Menglembu di sini hari ini.

Mayat Loo Kin Chan@Loo Kok Chan, 78, ditemukan terperangkap dalam sebuah rumah yang musnah terbakar kira-kira 80 peratus.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh dan BBP Ipoh digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 5.25 pagi.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan dua buah rumah kelas B dan sebuah tokong.

“Ketika tiba di lokasi, api didapati sedang marak dan anggota segera melakukan kerja-kerja pemadaman. Kemusnahan kebakaran dianggarkan 80 peratus bagi rumah manakala tokong pula 20 peratus.

“Terdapat seorang lelaki warga emas terperangkap di dalam rumah namun mangsa disahkan telah meninggal dunia. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI