fbpx

KDN lulus 8,910 permohonan tukar maklumat bangsa Thai kepada Siam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah (depan, enam dari kiri) pada program Menyemai Kasih Rakyat bersama Masyarakat Siam di Pusat Koreksional Perlis di Arau, hari ini.

ARAU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan 8,910 permohonan masyarakat Siam negara ini untuk menukar maklumat pada kad pengenalan daripada Thai kepada Siam sekali gus membolehkan mereka menikmati keistimewaan sebagai status Bumiputera dengan mudah.

Masyarakat itu sebelum ini mengalami kesulitan untuk mendapatkan keistimewaan Bumiputera termasuk menyambung pelajaran serta kegiatan ekonomi melibatkan tender Bumiputera akibat masalah teknikal sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kelulusan diberikan JPN itu melibatkan semua permohonan di seluruh negara termasuk mereka yang lahir di negara ini sebelum merdeka dan mempunyai dokumen pengenalan diri lengkap.

“KDN melalui JPN mengambil langkah proaktif menyelesaikan masalah yang bersifat teknikal dalam sistem mengenai ketidakselarasan maklumat sehingga menimbulkan kesulitan kepada golongan ini.

“Masyarakat berketurunan Siam di seluruh negara diminta menguruskan permohonan kad pengenalan baharu di mana-mana pejabat JPN berhampiran kediaman masing-masing,” katanya ketika berucap pada program Menyemai Kasih Rakyat Bersama Masyarakat Siam di Pusat Koreksional Perlis di sini hari ini.

Hamzah pada masa sama turut menekankan keperluan mendaftarkan semula perkahwinan yang berlangsung di luar negara bagi memastikan ia diiktiraf serta mengelakkan masalah ketika hendak mendaftarkan anak nanti.

“Perkahwinan yang berlangsung di luar negara adalah penting didaftarkan di JPN kerana sekiranya pasangan wanita bukan warganegara, pendaftaran kelahiran anak tidak akan mendapat kewarganegaraan Malaysia secara automatik sekiranya perkahwinan mereka tidak berdaftar.

“Justeru, pemimpin masyarakat hendaklah memainkan peranan penting memastikan komuniti di bawah tanggungjawab mereka sedar perkara ini bagi mengelakkan masalah lebih besar pada masa depan,” jelasnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai isu penyeludupan dadah susulan Thailand menghalalkan penggunaan ganja di negara itu, beliau menegaskan pihaknya sentiasa membanteras aktiviti tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI