fbpx

Badan semakin berisi, G-Dragon nampak kacak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
G-DRAGON

PENGANJURAN sebuah majlis oleh jenama mewah Chanel, Chanel x Frieze yang diadakan di Cheongdam, Seoul baru-baru ini menuai perhatian peminat.

Semuanya gara-gara penampilan istimewa penyanyi terkenal Big Bang, G-Dragon yang diundang selaku tetamu khas bagi acara tersebut.

Kehadiran penyanyi itu yang mengenakan fesyen memakai pakaian berwarna hitam dan putih menyerlahkan aura bintang yang dimilikinya.

Ramai peminat meluahkan rasa gembira melihat keberadaan penyanyi popular itu yang kelihatan sangat bahagia.

Malah, mata-mata yang memandang turut perasan dengan perubahan fizikal G-Dragon yang dikatakan semakin berisi sekali gus menampakkan dia kelihatan semakin sihat.

“Saya gembira dia semakin sihat dengan berat badannya naik,” kata peminat.

“G-Dragon nampak lebih muda bila dia berisi, kelihatan sangat kacak,” puji peminat lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI