fbpx

6 maut dalam gempa bumi di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi kuat melanda Afghanistan pada Jun lalu yang telah membunuh lebih 1,000 orang. - Getty Images

KABUL – Sekurang-kurangnya enam terbunuh manakala sembilan yang lain cedera selepas satu gempa bumi menggegarkan timur Afghanistan semalam, kata pegawai hari ini.

Gempa berukuran 5.3 pada skala Richter itu melanda daerah-daerah di sepanjang sempadan timur dengan Pakistan.

Ia berlaku kurang tiga bulan selepas satu lagi bencana gempa bumi kuat di negara itu yang telah membunuh lebih 1,000 orang, juga di sepanjang sempadan yang sama.

Gempa terbaharu itu turut dirasai di wilayah Kunar, Laghman dan Nangarhar serta bandar ibu negara Afghanistan, Kabul.

“Kami sedang mengumpul maklumat dari kawasan-kawasan terlibat mengenai angka kematian atau kerosakan,” kata Timbalan Menteri Pengurusan Bencana, Sharafuddin Muslim.

Afghanistan kerap dilanda gempa bumi, terutamanya di banjaran gunung Hindu Kush, yang terletak berhampiran persimpangan plat tektonik Eurasia dan India. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI