fbpx

Konvoi 40 kenderaan naikkan Jalur Gemilang di 13 KRT Klang Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cha Hoong Fong (empat dari kanan) dan Syahilawani (tiga dari kanan) melepaskan Konvoi Semarak Uniti-Konvoi Merdeka Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 65 di Econsave Kampung Jawa hari ini. FOTO ABDUL RAZAK IDRIS

KLANG – 40 buah konvoi kenderaan akan berhenti untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu Negaraku di 13 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini.

Menurut Pegawai Perpaduan Daerah Klang, Syahilawani Noordin, program tersebut bertujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan rakyat pasca pandemik Covid-19.

“Program kemerdekaan dan Hari Kebangsaan wajar terus diadakan bagi memastikan rakyat terus bersatu padu di bawah panji Jalur Gemilang.

“Setelah negara kita melepasi fasa pandemik dan memasuki era endemik program kemerdekaan wajar diadakan kembali untuk terus menyatu padukan rakyat yang terkesan lebih dua tahun kerana dia aktiviti sosial diadakan,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Program Semarak Uniti-Konvoi Merdeka Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 65 oleh Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong di Econsave Kampung Jawa hari ini.

Sementara itu Hoong Fong berkata, pihaknya berasa bangga dengan masyarakat Daerah Klang Selatan yang komited untuk terus melibatkan diri dengan program patriotik semasa cuti hujung minggu.

“Hari ini pelbagai bangsa bersama meraikan sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan berkonvoi di dalam kenderaan melibatkan jarak 29 kilometer.

“Walaupun tujuan program ini bertujuan mewujudkan perpaduan saya berharap semua anggota konvoi berhati-hati semasa memandu kenderaan masing-masing,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI