fbpx

Dua beradik maut terbakar, tiada elemen negatif – Ketua Polis Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUL ZAMAN (dua dari kiri) menziarahi Muhammad Fikri yang kehilangan dua anak dalam kejadian kebakaran di Kampung Dato Sulaiman Menteri, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Polis Johor yakin insiden kebakaran yang meragut nyawa dua beradik di Kampung Dato’ Sulaiman Menteri, di sini semalam tidak mempunyai unsur-unsur permusuhan atau elemen negatif.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat sebaliknya meminta masyarakat khususnya kepada golongan ibu bapa yang mempunyai anak kecil untuk menitik beratkan aspek keselamatan di kediaman masing-masing.

Menurut beliau, pihaknya juga akan turut membantu keluarga mangsa untuk mempercepatkan siasatan berhubung kejadian berkenaan.

“Berita ini memang menyedihkan, apa yang boleh kita buat adalah beri nasihat kepada keluarga yang mempunyai anak-anak kecil di rumah dimana ibu bapa mungkin perlu keluar bekerja.

“Pastikan daripada segi keselamatan barang-barang elektrik atau apa-apa perkara yang boleh menyebabkan kebakaran sama ada memasang ubat nyamuk atau perkara-perkara lain, kerana macam-macam boleh berlaku.

“Jadi marilah kita ambil pengajaran daripada apa yang berlaku semalam. Polis buat siasatan juga takut ada elemen permusuhan yg boleh disiasat, tetapi kami percaya elemen itu tiada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat keluarga mangsa di Kampung Dato’ Sulaiman Menteri, di sini, hari ini. Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin.

Tambah Kamarul Zaman, pihaknya juga memberitahu sekiranya sebarang bencana berlaku siasatan turut dibuat bagi melihat sama ada wujud elemen kecuaian.

“Jadi ibu bapa, tolong ambil langkah keselamatan yang sewajarnya, kita tidak mahu kejadian seperti ini berulang. Kerana mungkin ada elemen kecuaian, jika ada kecuaian boleh menyebabkan tindakan diambil,” ujarnya yang memberi peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa secara umum.

Kosmo! semalam melaporkan, dua beradik. Muhammad Zafran Muhammad Fikri, 3, dan adik perempuannya, Nurul Hawa Zafira, 2, ditemui rentung dalam satu kebakaran di kediaman sewa keluarga berkenaan pukul 1.41 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI