fbpx

Wanita mengadu anak dicubit guru sehingga merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAJAR itu menunjukkan kesan merah pada badannya akibat dicubit. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita mengadu anaknya dicubit oleh seorang guru di sekolah sehingga meninggalkan kesan merah pada badannya, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terangmedia.

Menurut wanita berkenaan, anaknya menjadi trauma dan takut untuk ke sekolah untuk diajar oleh guru terbabit.

“Padahal masih belum 3 bulan masuk sekolah,” katanya.

Wanita itu menunjukkan kesan merah pada bahagian badan anaknya.

Sambil merakam, wanita itu didengari bertanyakan soalan kepada anaknya. Budak lelaki itu berkata bahwa kesan merah itu sakit jika ditekan.

Menurut guru tersebut, pelajar itu dicubit kerana berjalan dan bercakap ketika dia sedang mengajar.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Saya hairan dengan didikan manja ibu bapa zaman sekarang. Buat sekolah sendiri sahaja puan,” kata seorang netizen.

“Dulu saya dipukul dengan pembaris kayu besar sampai patah, sumpah sakit sangat,” tambah seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI