fbpx

PM sahkan terima surat perletakan jawatan Azalina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bergambar bersama bekas-bekas atlet kebangsaan pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-7 Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) di M Resort & Hotel di sini, hari ini. - FOTO: FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan sudah menerima surat perletakan jawatan Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurutnya, beliau menerima surat perletakan jawatan tersebut setelah Ahli Parlimen Pengerang melepaskan jawatannya pada 29 Ogos lalu.

“Saya telah menerima surat perletakan jawatan daripada Azalina,” katanya ringkas kepada pemberita selepas majlis Mesyuarat Agung Tahunan Ke-7 Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) di M. Resort & Hotel di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan, Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia), Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan meletakkan jawatan pada 29 Ogos lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob telah menerima perletakan jawatan itu dengan notis sebulan seperti yang dimaklumkan dalam surat berkenaan.

Dalam perkembangan berlainan, Ismail Sabri berkata, tiada isu berbangkit berhubung perjanjian antara pihaknya dengan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, perjanjian yang dibocorkan baru-baru ini sebagai cerita lama.

“Perjanjian dengan Perikatan Nasional adalah cerita lama bukan cerita baharu lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI