fbpx

Muktamar: Pas jelaskan tiada gambar Nik Aziz dalam arkib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Nadzir Helmi.

PETALING JAYA – Gambar Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tiada di dalam galeri arkib pada Muktamar Pas Malaysia kerana beliau tidak pernah menjawat jawatan Yang Dipertua Pas mahupun Presiden parti tersebut.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Nadzir Helmi berkata, gambar yang ada dipamerkan itu hanya melibatkan senarai jawatan Presiden Pas dari mula parti itu ditubuhkan.

“Sejarah penubuhan Jawatankuasa Majlis Syura Ulama Pas adalah bermula pada 1987 disandang oleh Yusof Rawa yang juga Presiden Pas, maka tidak hairanlah jika gambar beliau dipapar sebagai bekas Presiden Pas.

“Yang menjadi keraguan saya, apa tujuan ditulis ‘Pas only accepted Umno’s overtures after Nik Aziz’s death in 2015’ (Pas hanya menerima UMNO selepas kematian Nik Aziz selepas 2015) hanya semata-mata tiada gambar tuan guru yang kami sanjungi.

“Untuk pengetahuan, ada seorang bekas Mursyidul Am yang tiada dalam gambar galeri iaitu Almarhum Datuk Harun Din, tetapi tiada pula diulas,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, tulisan artikel sebegini adalah perkara ini terlalu kecil untuk diulas dan hanya sentimen mahu melaga-lagakan perpaduan ummah yang sedang diusahakan oleh Pas sempena Muktamar Pas Malaysia.

“Polemik timbul seolah-olah ada gambar Mursyidul Pas yang terkini iaitu Datuk Hashim Jasin, tapi tiada gambar bekas-bekas Mursyidul Am yang lain,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI