fbpx

Didenda RM5,000 ludah pegawai imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Dzaimee

PUTRAJAYA- Tindakan dua orang lelaki yang enggan bekerjasama dengan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selain mengeluarkan kata-kata kesat kepada mereka ketika bertugas mengundang padah apabila kedua-dua tertuduh didenda RM5,000 seorang

Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, tertuduh masing-masing berusia 32 dan 26 tahun itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Emelia KeswatiMohamad di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu.

“Bagi pertuduhan itu, tertuduh telah melakukan provokasi secara aktif dengan enggan memberikan kerjasama selain mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai imigresen bertugas semasa operasi penguatkuasaan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada 10 Ogos 2022.

“Salah seorang tertuduh juga telah meludah pegawai Imigresen serta kedua-dua tertuduh juga turut merakam provokasi dilakukan terhadap pegawai dengan niat untuk mengaibkan mereka dan JIM,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, tertuduh juga boleh dipenjara selama lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan berdasar peruntukkan Seksyen 56 (1)(g) Akta Imigresen 1959/63 serta boleh dihukum di bawah Seksyen 56 (1) (aa) Akta yang sama.

“JIM ingin menegaskan bahawa sebarang tindakan provokasi dan ancaman kepada mana-mana pegawai imigresen yang menjalankan tugas akan diambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang sedia ada.

“Tiada kompromi akan diberikan ke atas mana-mana individu yang cuba menghalang atau membuat provokasi,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI