fbpx

DBKL rugi RM700,000 landskap Hari Merdeka rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kontraktor landskap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melakukan kerja-kerja pembersihan pokok yang rosak akibat dipijak oleh orang ramai semasa hadir menyaksikan acara perbarisan dan perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2022.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan pihaknya mengalami kerugian kira-kira RM700,000 apabila landskap yang dihiasai oleh pokok bunga hiasan rosak pada sambutan Hari Kebangsaan, Rabu lalu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, kerosakan yang dialami sekitar Dataran Merdeka dan sepanjang perarakan itu berlangsung berkemungkinan kerana kehadiran pengunjung yang ramai.

Katanya, pada hari tersebut dianggarkan lebih 100,000 pengunjung memeriah sambutan tersebut dan ia merupakan rekod baharu dicatatkan DBKL.

“Kehadiran pengunjung yang begitu ramai semasa sambutan Hari Kemerdekaan lepas, beberapa landskap di kawasan sekitar Dataran Merdeka telah rosak. Kerugian dianggarkan lebih RM700,000.

“Saya rasa ini agak luar biasa dan mungkin rekod baharu (jumlah pengunjung) untuk Kuala Lumpur ketika sambutan Hari Kebangsaan,”katanya ketika ditemui pada Majlis Malam Penghargaan Media Kuala Lumpur 2022.

Mengulas lanjut, Mahadi berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci ke atas insiden tersebut dan pada masa sama akan mengeluarkan satu garis panduan supaya perkara itu tidak berlaku pada masa akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI