fbpx

Shahir Zawawi selamat nikahi pemilik butik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Selepas dua bulan menyulam cinta, penyanyi Shahir Zawawi kini sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Jaskin Jaludin dengan sekali lafaz.

Dalam majlis yang berlangsung di Royal Ballroom Bizmilla, One City, Subang Jaya, sebentar tadi, mereka dinikahkan bapa pengantin perempuan, Jaludin Nongce disaksikan Penolong Pendaftar Nikah, Ustaz Muhammad Hakimi Mustapai dan bapa pengantin lelaki, Zawawi Abdullah sekitar pukul 9.10 malam tadi

Pada acara pernikahannya, penyanyi berusia 34 tahun itu menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300, wang hantaran sebanyak RM20,000 beserta lima dulang berbalas tujuh dulang hantaran daripada pengantin perempuan.

Shahir yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu bersyukur majlis yang dirancang berjalan lancar dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan terbaik buat dirinya dan isteri.

“Buat keluarga, rakan media dan semua, saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua orang yang tolong menjayakan majlis.

“Alhamdulillah, ini satu permulaan baharu buat kami. Selepas ini saya tak boleh fikir diri saya saja untuk perancangan.

“Segala keputusan selepas ini perlu juga haruslah mendapat pandangan daripada isteri termasuk nasihat untuk perjalanan seni saya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam pada itu, Shahir dan Jaskin mengharapkan perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Harapan saya menerusi perkahwinan ini adalah kami akan bertanggungjawab antara satu sama lain sampai ke hari tua.

“Saya juga berharap kami dapat membina sebuah rumah tangga yang sihat daripada segi agama dan sebagainya, bersyukur majlis berjalan lancar,” katanya lagi.

Terdahulu, Shahir mengikat tali pertunangan dengan usahawan yang juga pemilik butik asal Sabah berusia 33 tahun itu pada 16 Julai lalu.

Biarpun dalam tempoh singkat, Shahir mengakui Jaskin atau mesra disapa Ekin seorang wanita yang mempunyai ciri suri pilihannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI