fbpx

Perarakan Merdeka hari terakhir Loki bersama Micro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Loki bersama Micro ketika bersama selepas tamat sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu.

PETALING JAYA – Anjing yang berkhidmat bersama Tentera Darat Malaysia (TDM) bernama Loki bakal berpisah bersama tuannya, Micro Junior.

Menurut perkongsian di laman Facebook Panggilan Pertiwi, anggota tentera bernama Micro Junior itu bakal menamatkan perkhidmatannya dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak lama lagi.

“Ini merupakan tahun terakhir anjing TDM bernama Loki ini menyertai perarakan Hari Kebangsaan bersama tuannya, Micro Junior.

“Micro Junior bakal meninggalkan pasukan tentera kerana tempoh perkhidmatan beliau akan berakhir. Loki bakal bersama tuan barunya selepas ini,” jelas hantaran tersebut.

Sementara itu, bagi Micro Junior yang membalas hantaran tersebut di ruangan komen berkata, perarakan Hari Kebangsaan ke-65 lalu adalah perarakan terakhir dia bersama anjing terlatih itu.

“Kami berdua telah berhadapan pelbagai cabaran di lapangan bersama selama beberapa tahun dan ternyata dia adalah kawan sejati saya.

“Saya akan tamatkan perkhidmatan tidak lama lagi selepas tempoh berkhidmat saya sudah tamat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI