fbpx

Lelaki pecah masuk rumah sempat bakar langsir, sofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan ditahan berhubung dakwaan kes kejadian pecah masuk rumah yang berlaku di Taman Bukit Tunku, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihak polis menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun berkenaan kejadian itu pada pukul 6.04 petang.

“Bertindak atas laporan tersebut, polis bergegas ke tempat kejadian dan menahan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun.

“Suspek telah membakar langsir rumah pengadu, mencucuh sofa dan gambar hiasan dinding di dalam rumah pengadu menggunakan puntung rokok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, suspek didapati mengalami masalah mental dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis dan kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI